Sabtu, 25 Januari 2014

Cerpen

Cinta Dari Hati

Qaireen Alish berlari-lari anak menuju kearah keretanya yang diparking diseberang jalan. Jam sudahpun menunjukkan ke angka 2petang `alamak ! lambat lagi , matilah aku` getus hatinya sendirian . sakit hatinya bukan kepalang apabila mengingatkan kejadian sebentar tadi “Mr.Liam sengaja nak mempermainkan aku , macam lah dia tak tau harini aku ade hal penting ! ishhhh .. takpe hari ni hari kau , kau tunggu lah kejap lagi” omelnye lagi sambil terkocoh-kocoh membuka zip bagnya untuk mengambil kunci kereta  dalam masa yang sama kelamkabut untuk melintas jalan .Selamat sahaja dia melintas jalan  tanpa disedari akibat dari perbuatannya itu  , dia telah terlanggar seseorang  . habis berterabur barang didalam pegangannya tadi . “ahh ! ni lagi satu masalah . aku nak cepat ni wei.. dahla panas lagi ni ” rengusnya marah seraya mendongak memandang kearah empunya diri yang melanggarnya tadi . Qaireen Alish terpaku seketika saat jejaka dihadapannya menanggalkan kacamata hitam yang tersangkut kemas pada batang hidungnya. Hilang panas  terik mentari yang menjamah tubuhnya ketika itu . Dia tergamam.
“Maaf saudari , saya tak sengaja . saya nak cepat tadi“ ucap jejaka tersebut sambil menunduk memungut kertas-kertas milik Qaireen Alish yang bertaburan tadi .Qaireen tersedar dari lamunan , wajahnya masam mencuka .
“Itulah , kalau nak berjalan mata tengoklah ke depan , jangan tahu nak cepat jer” sindirnya perlahan . `akupun nak cepat jugak ni , takdepun nak langgar-langgar orang ` ayat tersebut hanya disimpan didalam hati . Masakan tidak , disaat hatinya masih sakit dengan perbuatan Mr.Liamsebentar tadi , ditambah lagi dalam keadaan dirinya yang ingin segera sampai ke rumah , elok saja dia dilanggar dari arah bertentangan . Semakin memuncak tahap panas barannya . Jejaka tersebut mendongak apabila mendengar ayat yang dituturkan gadis dihadapannya.
“Saudari , saya sudah minta maaf , kan ? tak perlu lah saudari menyindir saya . lagipun bukan salah saya , saudari itu yang tidak memandang kedepan . masa melintas tadi pandai pulak tengok kiri kanan “ Balas jejaka tersebut bersahaja sambil menyerahkan kertas milik Qaireen Alish ditangannya seraya berlalu pergi . Qaireen Alish terpempan . ` aikk ! aku tak salah pape kot . dah laa tak ucap terimakasih aku tak maki-maki dia , dahlah tengah marah lagi , dahla nak cepat lagi ` bebelnya sendirian  sambil membuka pntu keretanya .

` tapi aku memang tak tengok depan ek tadi ? main langgar je ? aaahh ! suda laa ko aireen , ko memang salu wat silap pastu taknak ngaku ` ujar hatinya sendiri sambil menghidupkan kereta. ` tapi lelaki tuu .. mengingatkan aku pada seseorang ` dia termenung seketika mengimbas kembali kenangan silam  . Deringan lagu Everything  at once dendangan Lenka mematikan lamunannya “ ohhmaiiii ...  Mama ! matilah aku “ serentak itu dia mengundurkan kereta keluar dari parking.

        ****************************************************************************

     Qaireen mengeluh lemah sambil membelek wajahnya yang lesu dicermin dalam biliknya itu. `abis lesu muka aku ,. Mintak spa lagi lah ni ` rungutnya perlahan sambil berbaring di atas katil bersaiz king di tengah sudut bilik tersebut . terimbas kembali  perbualan mamanya sesampai sahaja dia dirumah petang tadi .
“Puteri cakap boleh balik awal semalam ! Puteri salu buat mama macam ni , malu mama tahu ! Dekat tiga jam kawan mama tunggu nak jumpa dengan Puteri kat rumah ni tahu ! kesian dia “ itulah ayat pertama yang keluar dari mulut mama saat dia melangkah masuk kedalam banglo tiga tingkat tersebut. Hilang senyuman manis mama yang sentiasa mnyambutnya saat pulang kerumah . Mama betul-betul marah . Dia menarik nafas panjang setelah tubuh langsingnya mendarat ke atas sofa diruang tamu banglo tersebut.
“Puteri  tak sengaja lah mama “ dia melentokkan kepalanya diatas riba mamanya iaitu Datin Hanim saat Datin Hanim melabuhkan punggungnya disebelah Qaireen Alish .
“Alasan Puteri tu dah tak boleh pakai tahu tak “ Mamanya masih berjauh hati . Dia menggaru kepala yang tak gatal. Mamanya kalu merajuk hanya daddy je yang pandai pujuk ..Macam mana ni ..
“Betul mama .. Liam buli Puteri tadi , macam-macam dia suruh Puteri buat , benda senang je pun nak suruh Puteri buat jugak , geram betul Puteri dengan dia tu , salu tak puas hati dengan Puteri “Adunya manja sambil membelek-belek jari mamanya . Datin Hanim mengeluh lembut , Puterinya nan seorang itu memang begitu  , ada sahaja alasannya yang akan mematahkan niatnya untuk merajuk. Kerana itu lah satu-satunya anak perempuannya bersama suaminya iaitu Datuk Razif , maka Qaireen digelar Puteri dikalangan ahli keluarga . Ditambah pula Qaireen Alish semamangnya anak bongsu yang  manja dari 4 beradik apabila bersama keluarga , lebih-lebih lagi dengan daddynya . Abang sulung Qaireen iaitu Qhaleek sudahpun berumah tangga dan menetap di Selangor , manakala abang kembar Qaireen pula iaitu  Qhayriel dan Qhayrul  masih menuntut di luar Negara . Wajah mulus  Qaireen ditatap. “ siannya .. Puteri mama kena buli yea .. Liam buli Puteri yea “ Qaireen mengangguk sambil tangan Datin Hanim masih tidak dilepaskan.
“Haah , Liam jahat .. takpe lah , nanti Puteri balas balik . geram betul , Puteri adu dekat uncle Chua baru padam muka Liam tu mama “ Qaireen masih tidak berpuas hati dengan anak kawan daddynya Tan sri Chua iatu Liam a.k.a Bos dipejabatnya ketika ini . Kadang-kadang Liam sengaja membulinya dengan hal  remeh temeh . Rakan sekerjanya sudah sedia maklum akan perangai Mr.Liam terhadap Qaireen . entah apa yang bos mereka tidak puas hati sangat pum entahlah.
“Dah laa sayang .Liam tu nakkan perhatian dari Puteri je tau , dia kan sukakan Puteri” Usik mamanya . dia terbangun dari pembaringan lantas bersila di atas sofa darah ikan tersebut.
“ishhh .. masakan ! Liam tu bukan islam laa mama .. Lagipun . eee .. tak suka lah .. eee .. taknak ! dah laa tak handsome . Dahlaa jahat . sakit hati tau “ dalihnya apabila diusik sebegitu . Mamanya tertawa .Mukanya memerah . aahh ! sedari dulu lagi dia tahu tentang perasaan Liam itu , bahkan terlebih tahu . Pernah semasa dia di tingkatan empat Liam tinggal bersama keluarganya dibanglo tiga tingkat ini  . Uncle Chua dan aunty Mery terpaksa ke luar Negara hampir sebulan . kerana tidak mahu meninggalkan pelajarannya yang ketika itu di tingkatan 5  , Liam tidak mengikuti Uncle Chua dan dan aunty  Mery . Kerana Liam anak tunggal dan tinggal bersendirian , daddy nya dengan murah hati mempelawa Liam tinggal bersama keluarganya semasa ketiadaan mummy dan daddy Liam itu  . Liam hanya menurut kerana daddy dan mummy nya juga mempercayai keikhlasan Datuk Razif iaitu teman rapat mereka  . Liam menggunakan bilik Qaleek , abang sulungnya yang ketika itu sedang menyambung pelajaran ke luar Negara . Hubungan dia dengan Liam bertambah rapat apabila masing-masing selalu pergi dan pulang kesekolah berdua , Di sekolah juga Liam juga telah menjadi penyelamat apabila terdapat pelajar lelaki yang terlalu obsess padanya . Pernah suatu ketika Imran , pelajar 5 sains tulen 2 yang meminatinya dalam diam , dan memaksanya menjadi kekasih kepada lelaki itu , maka Liam lah yang membantunya keluar dari kemelut tersebut . Imran tidak berputus asa , sehingga sanggup memukul Liam di luar sekolah bersama budak suruhannya . maka Qhayriel dan Qhayrul terpaksa campur tangan . Tapi sedikitpun tidak member kesan pada Liam . Liam tetap dengan dirinya yang santai dan bersahaja menjadi penyelamatnya di sekolah sehingga dia tidak lagi berani di usik pelajar lelaki . Hebatnya Liam hanya dia yang tahu . Lelaki berbangsa tionghua itu tidak pernah merungut . Namun , sekelip mata keakraban mereka musnah akibat dari perbuatannya . Biliknya yang bersebelahan dengan bilik Qhaleek yang ketika itu diduduki oleh Liam memudahkan untuk dia keluar masuk bilik tersebut . Petang itu , Liam sedang membasuh motor kawasakinya dihalaman rumah . akibat kebosanan tidak diendahkan oleh Liam , dia menyelinap masuk ke bilik Liam . Niat mulanya sekadar untuk melihat-lihat bilik tersebut bertukar lain apabila dia ternampak buku yang terdampar elok di atas meja study . dia membelek mukasurat yang ditanda dengan reben merah . Matanya terpaku
26 November
Hatiku berdebar tatkala melihat dia tersenyum manja ! ah . Bukan manja , tapi bersahaja . jika orang yang tidak mengenalinya , pasti akan beranggapan dia tersenyum manja , walhal memang senyumannya sebegitu , dan yang pasti , kerana itulah ramai yang terpikat padanya ! termasuk aku .cemburu makanan harianku .  ahh . gilakah aku ? saat dia meminta-minta sesuatu , aku cuba untuk bersahaja walaupun aku tersangat bahagi a , betapa comelnya dia ketika itu , walaupun susah , aku akan turuti semua kemahuannya .. aku bahagia apabila dia sentiasa disampingku , haha ! aku langsung tak percaya ianya secepat ini , aku terlalu sukakannya , dia terlalu kasar tapi hakikatnya manja , dia terlalu ego tapi hakikatnya amat baik hati , kadangkala akukeliru dengan identitinya itu , sehinggalah saat dia sentiasa disampingku . dia terlalu unik dan berharga ! mummy daddy .. Boy sudah jatuh Cinta .. pada Puteri Qaireen Alish ..
 
 “Puteri ! “  aku terjerit kecil akibat disergah dari belakang . Dihadapanku Liam berdiri tegak sambil merenungku tajam . aku terketar-ketar sambil cuba menyembunyikan buku diary Liam dibelakang badan. Namun tindakan ku telah terlambat apabila Liam kelihatannya sudah tahu perbuatanku dan dia sendiri telah merebut buku itu dari peganganku . Aku diam tidak terkutik . Kejutan yang baru kuketahui sebentar tadi tentang perasaan Liam terhadapku masih belum hilang , ditambah lagi dengan keadaan berhadapan dengan Liam yang seperti ingin menelanku . Aku menelan liur . ‘ apahal la tadi gedik sangat nak buka diari orang ! kena pelangkung ko kejap lagi baru padam muka ‘ getus hatinya takut-takut. Liam masih merenungnya sedang wajahnya telah ditundukkan .
“Ma..m..mmaaf .. “ Ucapnya sepatah . sungguh dia takut untuk melihat wajah putih Liam yang sudah kemerahan ketika ini . Tidak pernah Liam berkeadaan sebegini selama ini . Gerun dia melihatnya . Liam mendengus perlahan.
“ Saya tak sangka Puteri tidak boleh dipercayai.. “ ucapnya perlahan. Qaireen mendongak pantas . terkedu.
“Puteri mintak maaf . Puteri ingat tadi tu buku nota Liam “ Dia terasa bersalah yang amat . ahh ! nasi sudah menjadi bubur . Liam tertawa sinis .
“Puteri sudah tidak pandai mengeja ? tak Nampak perkataaan diari kat buku tu ? Liam paling tak suka orang yang tak hormat privasi orang lain ! and you know what ? jenis orang yang Liam tak suka tu ada pada Puteri !” kata Liam yang membuatkan aku terpempan . Sejak dari itu , Liam selaLu mengelakkan diri dari ku .. satu sekolah dapat hidu hubungan dingin kami . dan apabila mummy dan daddy Liam kembali .. kami ibarat orang asing . Bila aku di tingkatan 5 , Liam sudahpun keluar Negara mnyambung pelajaran dengan keputusan cemerlang yang dia perolehi . Dan kini . kami ibarat orang asing .. Qaireen mengeluh . betul kata mamanya . Liam bukanlah seorang yang hodoh , bahkan kekacakkannya mampu menarik sesiapa sahaja untuk mendekatinya . adakah Liam masih berdendam padanya ?

                *********************************************************

Selepas sembahyang subuh , Qaireen bersenang-lenang di atas katil bersaiz king-nya . Pagi itu , udara terasa segar menerobos masuk melalui pintu tingkap biliknya ! ahh . baru pukul 7pagi .. untunglah harini cuti ` desisnya perlahan sambil membuka laptopnya dan bermain-main dengan tetikus ditangan kanannya . waktu sebegini ber-facebook pun okay jugak . hehehe .. tabiat malasnya untuk turun kedapur membantu mamanya dan mak jah iaitu pembantu mereka menyediakan sarapan memang terbiasa . pernah abangnya Qhayriel yang kuat menyakat menggelarnya kucing pemalas , akibatnya Qhayrul pula yang sibuk memujuk dan membelanjakan itu dan ini supaya dia tidak terusan merajuk . anak manja lah katakan. Laungan mamanya dari bawah menyentak lamunan . Dia bingkas bangun sambil mencapai cekak rambut dan memakainya dikepala . reben besar berwarna putih menambah seri dengan rambutnya yang paras pinggang dibiarkan lepas . dah macam budak-budak pakai cekak ber-reben besar gedabak macam itu .
“ Harini dah tak payah nak jadi pemalas lah ye , kawan mama nak datang . Puteri tu dah 23tahun tahu . Dah sesuai jadi mak orang dah pun “ bebel mamanya , dia tersengih kerang busuk sambil membontoti mamanya ke dapur . berselisih dengan mak Jah yang hanya tersenyum mendengar dirinya dileteri . Dia menarik muncung .
“alaaa .. Puteri muda lagi lah mama , kan mak Jah kan ? “ ucapnya manja sambil meminta sokongan dari pembantu mereka . Mak jah mengangkat bahu.
“haaa .. makJah taknak masuk campur” Mak jah menjawab bersahaja , mama ketawa girang apabila melihat muka cemberut Qaireen Alish itu . Dia duduk di meja makan . Aroma nasi goreng amat memikat kalbu , pantas dicedok masuk ke pinggannya.
“Puteri ni , tolong mama dengan mak Jah taknak , tapi kalau makan laju je ye .. cuba matang sikit . Ni nanti mama takot suami Puteri tension perangai bini dah macam anak pulak “ bebel mamanya lagi . Dia hampir termenangis disitu , kenapa mamanya harini selalu mengutuk dirinya . touching tau tau .
“mak Jah .. kenapa mama selalu membebel pagi ni ? selalu tak macam ni pun ? “ soalnya setelah mama kedapur untuk mengambil air sambil menyuap nasi masuk kedalam mulut . Makjah tersengih.
“mama Puteri selalu merungut cakap Puteri langsung tak berubah dari dulu . Makjah dengar cerita kawan mama nak datang nanti tu berhajat “ mak Jah mengambil tempat disebelahnya . daddy outstation , Mak jah pula terbiasa diberi layanan sebegitu oleh ahli keluarganya . Mak jah sudah di anggap seperti ahli keluarga sendiri .
“berhajat ape pulak Mak jah ? “ dia bertanya lurus.
“Nak masuk meminang Puteri “ Uwekkk ! hampir tersembur nasi di kerongkongnya apabila mendengar ayat yang dikeluarkan mak Jah .

                ****************************************************


Wajah Liam yang serius masuk ke pejabatnya secara tiba-tiba mengejutkannya . Sudah lama dia tidak bertegur sapa dengan Liam melainkan hal-hal penting sahaja . Dia merenung Liam . ` aku ni baru je sampai office , duduk pom belum ade pulak samseng main terjah-terjah masuk bilik aku ` Dia mendengus sambil meletakkan tas tangan kedalam laci . Liam masih tercegat . Dia menarik nafas perlahan.
“Encik Liam nak ape ? “ dia memulakan perbualan apabila dilihat Liam hanya kaku . Liam melabuhkan punggungnya kekerusi berhadapan dengan Qaireen.
“You ! “ Ujar Liam sepatah . Qaireen tersentak .
“Pardon “ Tanya Qaireen lurus . Liam mendengus sambil berpaling ke arah lain.
“Saya dengar Puteri nak kahwin “  Qaireen terpempan . Sudah lama dia tidak mendengar Liam membahasakannya Puteri . Sejak daddy menyuruhnya untuk bekerja sementara sekembalinya dia dari luar Negara Liam langsung tidak menyebut panggilan Puteri . Paling tidak pun ber-saya awak dan Ber –Qaireen .  “Da..dari mana awak dapat tahu ?” Dia cuba berlagak formal walhal dalam hatinya sudah berdetak seribu.
“Itu bukan masalahnya sekarang ...”
“Tapi saya tetap nak tahu ! “ Potongnya pantas . Liam mendengus .
“Mummy dengan daddy saya bagitahu .. Daddy Puteri cakap pada mummy semalam” Liam merenung Qaireen dalam . Qaireen serba salah . semuanya terlalu pantas . Daniel Hanif nama Jejaka yang melanggarnya tempoh hari itulah anak kawan mama . sementelah jejaka tersebut bersetuju untuk mereka disatukan , bahkan sanggup mempercepatkan tarikh perkahwinan mereka . Mulanya berlaku perang mulut antara Qaireen dan  Daniel , Masakan dia bersetuju dengan semudah itu . Bukannya dia kenal lelaki itu sudah lama . Dibuatnya lelaki itu jahat ke , Dia yang kan mendapat susah nanti .  tapi apabila melihat kepada kesungguhan mama . dia  tidak sampai hati dan terus bersetuju , Entah laa .. kata mama .. Dia mungkin bersetuju kerana wajah Daniel amat mirip dengan seseorang yang dekat dihatinya . Dia mengeluh lagi. Liam sekadar memerhati perbuatannya.
“Kenapa Puteri bersetuju ?” liam bertanya setelah berdiam diri agak lama . Qaireen menentang pandangan lembut Liam . Saat itu , ibarat Liam yang dulu telah kembali . Liam penyelamatnya telah muncul kembali . Liam yang sombong beberapa bulan lalu entah meghilang kemana . Dia sekadar berdiam diri . Liam menunduk .
“Puteri . Liam tahu Puteri marahkan Liam . Liam tak sepatutnya bertindak sekasar itu pada Puteri . Liam tak sepatutnya tuduh Puteri yang bukan-bukan .. Tapi Liam malu pada Puteri , Liam takut untuk terima hakikat yang Liam telah jatuh cinta pada Puteri “ Ujar Liam lembut . Aku sekadar diam seribu bahasa . sedangkan hatiku amat pedih ketika itu . Liam penyelamatku . tempat aku berkongsi suka duka . tidak sampai sebulan kami bersama telah mengukuhkan kepercayaanku terhadapnya . Namun dia pergi meninggalkanku begitu saja . Kini .. saat Liam yang dulu kembali . Hatiku sebal , setelah dia memperlakukan aku sepertiorang asing , Cukup membuatkan hatiku pedih . Entah bagaimana . Airmata bertakung ditubir mata . aku menunduk . semoga Liam tidak menyedari airmata ku yang hampir berderai ini. Liam mencapai tanganku yang berada di atas meja . aku menepis perlahan.
“Puteri . Please say something.. “ Ujarnya lagi ..aku tetap menunduk..Liam tidak tahu hatiku ! Liamtidak pernah tahu..
“Tolonglah batalkan perkahwinan tu.. Tolonglah bagi Liam peluang .. Liam masih sayangkan Puteri . Hanya Puteri dihati Liam . Walaupun Liam cuba jauhkan diri dari Puteri tapi Liam tetap tak boleh . Bila mummy cadangkan agar Liam sambung pelajaran keluar Negara lepas dapat result Spm . Liam setuju sebab nak lupakan Puteri . Liam tahu . Liam tak sepatutnya menaruh hati pada Puteri . Tapi Liam tetap sama . Liam tak mampu ! selama mana Liam tak berjumpa Puteri , selama itulah Liam terseksa . masa tahun kedua Liam kat sana , Liam dapat tahu dari Qhayriel PUteri dah ada kekasih . Liam kecewa sangat-sangat . Liam putus asa . Liam benci pada diri sendiri . Tolonglah jangan terima lelaki tu hanya kerana wajah dia mirip arwah Hakimi .. “ ayat Liam yang terakhir menyentakkanku . aku terkedu .
“arwah Hakimi ?” soalku perlahan .. Liam mengangguk.
“Puteri jangan ingat semasa Liam takde disisi Puteri Liam tak ambil tahu pasal Puteri .. Liam tahu semuanya tentang Puteri walaupun Liam jauh dari Puteri tau “ Ucapnya bersungguh . Saat itu , airmata Qaireen tumpah jua . Demi teringatkan arwah Hakimi yang baik hati itu.
“Liam cakap Liam ambil tahu perihal Puteri ? Liam silap ! ternyata Liam tidak tahu apa-apa “Ujarnya sinis . Liam terkedu.
“Semasa saat terakhir arwah Hakimi hidup sebelum dia kemalangan , dia masih mengharapkan cinta Puteri . tapi Puteri tetap berkeras menolak cintanya sebab menunggu Liam . Nama Liam sebati dengan dirinya . Untuk pengetahuan Liam . Hakimi langsung tidak berputus asa berharap pada cinta Puteri sama seperti Puteri yang berharap Liam akan kembali dan mendengar luahan hati Puteri sendiri . Tapi Liam tidak kembali .. Dam Hakimi pergi membawa cintanya yang tidak kesampaian . Saat itu . Puteri berasa betapa bodohnya diri ini . Betapa bodohnya mengecewakan insan yang menyayangi Puteri setulus hati demi mengejar Liam yang tak pasti . Dan saat itu . Tiada lagi Liam dihati Puteri ..” Seusai sahaja Qaireen menuturkannya . Qaireen terus bangun berlalu meninggalkan Liam yang terkedu disitu..

                    *****************************************************

Permohonan cuti seminggu telah diluluskan . sejak peristiwa minggu lepas . Liam ibarat menjauhkan diri darinya . Biarlah . Dia sudah tidak kisah . Dia cuba berdandan seringkas mungkin . hari ini . Dia akan bertemu dengan Daniel untuk memilih baju pengantin . Saat dia melangkah keruang tamu . Dilihatnya Daddy dan mama memandangnya tajam . Dia kehairanan.
“Morning mama , daddy “ Ucapnya seraya mengucup pipi mama dan daddy nya. suara kak Suraya isteri abangnya Qhaleek yang balik kesini untuk menolong membuat apa yang patut untuk persiapan hari perkahwinan Qaireen terdengar sayup-sayup memanggil Azalea dan Aiman . anak saudara kembarnya itu . Abang Sulungnya tidak pula kelihatan . Daddynya tersenyum.
“Lambatnye Puteri daddy turun . menantu daddy dah lama tunggu kat luar tu .” Ujar daddy . Dia kehairanan .
“Aikk . Bukan Daniel janji pukul 10 pagi ke mama ? ni baru pukul 8lebih ” ujarnya . mama dan daddy tersenyum seraya mengangkat bahu . Dia lantas keluar kehalaman rumah tercari-cari kelibat Daniel .
“Assalamualaikum..” Dia berpaling saat ada yang memberi salam dibelakangnya.
                              *******************************************

Qaireen Alish membatu di tempat duduknya . Kedamaian suasana tasek diketika itu langsung tidak mendamaikan hatinya . Dia sekadar bermain-main dengan jarinya..
“Liam nak melamar Puteri .. Liam taknak jadi macam dulu .. Liam takut menyesal . Liam sayangkan PUteri ..” Liam yang duduk disebelahnya memecahkan kesunyian diantara mereka . Dia menoleh kearah Liam .
“Liam tahu tak Puteri dah nak kahwin ?” Soalku tegas . Liam ni dah gila agaknya.. Cuma satu saja berita yang mengejutkannya . Liam sudah lama memeluk islam . Kenapa selama ni aku tak tahu pun ? ahh .. aku kot yang tak ambil tahu “ desisnya perlahan. Liam merenungnya lembut.
“Liam dah terangkan pada Daniel , dia faham. Mama dan daddy Puteri pun dah tahu ..”Ucap Liam sambil mempamerkan senyuman manisnya . terpaku Qaireen seketika . tatapiii !!
“Kenapa korang semua buat Puteri macam ni ? IIngat Puteri takde perasaan ke ? “ tiba-tiba hatinya terguris . Liam menyentuh dagunya lembut..
“Syyhh .. Sayangg .. takk .. Maafkan Liam buat semua ni .. Liam taknak buat kesilapan lagi . Liam Cuma inginkan Puteri yang halal untuk Liam .. Liam hanya ingin terus bersama Puteri .. Mummy Liam pun suka sangat-sangat bila dapat tahu Liam nak melamar sayang tau ..” Ucapnya sambil mencuit hidungku lembut .
Aku terpaku mendengar bait kata Liam . Entah kenapa . saat itu ,aku terasa selamat berada di samping Liam penyelamatku . Aku memandangnya lembut . Ketenangan dimata Liam menjawab segalanya . aku mengangguk malu-malu . Saat itu , Mata Liam memandangku dengan pandangan berkobar-kobar . aku tersenyum simpul . sementara Liam sudah bersorak kegirangan.
“Ya Allah Ya tuhan Ku . Terima kasih di atas segala nikmat-Mu . Alhamdulillah” Ujar Liam perlahan.